PINTAZ Muat turun
Percuma Tanpa iklan Buatan Malaysia 🇲🇾

Navigasi yang
faham
jalan kita.

Lorong dilukis macam jalan sebenar. Tol, kamera dan trafik langsung daripada pemandu di hadapan — semuanya percuma, tiada iklan, tiada langganan.

Muat turun diApp Store Play StoreAkhir Julai 2026

Sudah di App Store — Android dalam ujian tertutup.

Ini kereta 3D sebenar dari dalam app — boleh pusing. Kereta korang pun boleh masuk →

Pamer Kereta

Kereta korang pun boleh
naik podium.

Nampak kereta 3D kawan dalam gambar yang dikongsi tadi? Itu bukan render studio — itu terus dari app. Import kereta sendiri, letak plat, dan kongsi ke WhatsApp, TikTok atau IG.

01Muat turun PINTAZ

Percuma di App Store — Android menyusul akhir Julai.

02Masuk Garaj

Import model kereta 3D anda dan letak nombor plat sendiri.

03Pamer & kongsi

Kereta atas podium, spotlight emas — satu tekan, terus kongsi.

Peta Lorong

Jalan dilukis ikut
lebar sebenar.

Bukan satu garisan kurus atas peta. PINTAZ lukis setiap lorong — pembahagi putus-putus, anak panah belok, jejambat bertindih — macam anda nampak melalui cermin depan.

  • Tahu lorong awal-awal. Sebelum simpang, app dah tunjuk lorong mana nak duduk.
  • Laluan ikut lorong. Reben laluan menunggang lorong sebenar, bukan tengah jalan.
  • Dibina untuk jalan kita. Data penuh Semenanjung & Malaysia Timur.

Dalam satu app

Semua yang pemandu
Malaysia perlukan.

Suara BM & English

"Selepas 400 meter, kekal di lorong kiri." Arahan jelas dengan sebutan tempatan — semua orang dalam kereta tahu simpang seterusnya.

Trafik & laporan komuniti

Jem, polis, bahaya, banjir — dilaporkan pemandu di hadapan anda, terus atas peta.

Tol & kamera di peta

Anggaran kos tol sebelum bertolak, dan lokasi kamera had laju sepanjang laluan.

Laluan ikut cara anda

Kereta, motosikal, elak tol — banding semua laluan sekali pandang, tukar dengan satu ketukan.

Carian tempat Malaysia

Mamak, R&R, masjid, pasar malam — carian yang kenal nama tempat kita.

Sambung terus ke kereta Apple CarPlaytersedia Android Autoakan datang

Soalan lazim

Jujur je.

Betul ke percuma?

Ya — percuma selamanya. Tiada langganan, tiada iklan, tiada ciri berbayar tersembunyi. Kami bina PINTAZ sebab pemandu Malaysia patut ada navigasi yang dibuat untuk jalan kita.

Bila versi Android?

Dah dalam ujian tertutup sekarang. Pelancaran penuh di Play Store dijangka akhir Julai 2026 — sekali dengan Android Auto.

Data lokasi saya macam mana?

Lokasi digunakan untuk navigasi dan amaran trafik sahaja. Butiran penuh dalam Dasar Privasi.

Destinasi

Anda telah tiba.

Pasang PINTAZ — percuma, memang percuma.

Muat turun diApp Store Play StoreAkhir Julai 2026

"Anda telah tiba di destinasi anda."